Tuesday 30 October 2012

Super Suarez is My Hero

Inilah kali pertama saya lihat seorang pemain bolasepak menyimpan duit syiling yang dilontarkan kepadanya diatas padang. Kalau Nani, mungkin dia dah menangis dan melontar syiling itu kembali keluar padang.

Luis Suarez simpan syiling itu kerana dia membesar didalam kemiskinan, bermain bola tanpa kasut di kaki lima bandar Montevideo. Dia simpan syiling itu sebagai satu pengajaran kepada manusia sejagat bahawa rezeki jangan kita buang walaupun sebesar duit syiling kerana waktu dia kecil, setiap kali pulang dari bermain bolasepak dia tidak tahu samada makanan ada atau tidak diatas meja rumahnya.

Dia mungkin villain kamu tapi dia hero saya.



Sebagai manusia yang membesar didalam kesusahan, dia belajar untuk tabah, tidak perlu serius sangat dan senantiasa tersenyum ketika menghadapi apa jua cabaran. Ini dapat kita lihat didalam aksi lompat rajalawak ala diving selepas menjaringkan gol pertama Liverpool. Didalam interviu selepas perlawanan, David Moyes bersetuju  bahawa aksi ini agak melucukan dan menerimanya dengan kaki terkangkang.

Everton bermain dengan sangat baik ditempat sendiri. Mereka garang dan sentiasa bersedia bertarung untuk mendapatkan bola. Pemain-pemain muda Liverpool kelihatan terkesima kerana kurang pengalaman didalam pertembungan Merseyside kali ke-219 yang seringkali ganas, kasar dan selalu menghasilkan kad merah ini.

Seperti Fellaini 'The Belgian Beast', mereka yang berjersi biru, telah menyinga Ahad lepas. Joe Allen mungkin agak tenggelam berhadapan dengan Fellaini tetapi pujian harus diberikan kerana walaupun hanya setinggi 5'6", Joe berhempas pulas berjaya mengekang gergasi 6'4" dari Belgium itu. Ko boleh? Micheal Carrick yang berdiri 6'2" tak boleh, malah satu team ManUtd tak boleh. Dalam game bulan Ogos lepas, Fellaini skor dan ManUtd kalah 1-0 di Goodison. Oh yer, Andre Mariner si adil dan saksama yang mengadili perlawanan itu. Patutlah.

Jaringan Suarez yang telah dibatalkan pada minit terakhir adalah satu jaringan yang baik. Namun sekiranya jaringan itu telah dibenarkan, sejujurnya saya rasa Everton dirampas 1 mata. Keputusan seri adalah keputusan yang saya terima dengan hati yang terbuka. Pujian harus diberikan kepada Everton. They played well.

#YNWA ./

Tuesday 16 October 2012