Tuesday 31 December 2013

STB 2014!

Selamat tahun baru kepada semua peminat-peminat Liverpool dan juga kepada semua orang (kecuali Evra).

Semoga tahun 2014 menjanjikan yang terbaik, tercemerlang, terbilang, tergemilang, terchun dan tergilababibest!

Stay sweet.

#YNWA ./

Friday 22 November 2013

Malaysia, Harimau Malaya, Harimau Muda.

Nampaknya kerajaan melalui KBS sedang merangka dan tidak lama lagi akan melancarkan satu Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020. Bersama pelan itu nanti terdapat beberapa nama yang disebut untuk bakal menganggotai majlis yang akan menjayakan pelan ini.

Memetik dari artikel akhbar Utusan bertarikh 22 Oktober 2013 (klik sini) pelan ini bertujuan untuk, "meningkatkan imej sukan bola sepak negara yang kini menghuni tangga ke-160 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)". Pelan ini juga dikatakan akan melihat lebih 10,000 remaja berusia tujuh hingga 17 tahun dilatih di seluruh negara. 

Dalam artikel akhbar yang sama YB menteri KBS juga mengatakan, "pelantikan bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich bawah 19 tahun, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara dijangka mampu membawa sinar baharu kepada sukan bola sepak tempatan".

Kejap. 

Apa beza "Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020" dengan "Pelan Pembangunan Bolasepak Negara"? (klik sini)

Untuk memudahkan kerja, saya akan namakan pelan YB menteri sebagai "pelan B" dan yang satu lagi, "pelan A". 

Dalam laman web "pelan A" tak nampak pun nama Lim Teong Kim sebagai pengarah projek. Mungkin laman web ini belum dikemaskini atau mungkin juga pelan ini pelanduk dua serupa. Mungkin juga "pelan B" ialah sebenarnya "pelan A" yang telah ditukarkan kulit dan akan berlaku sedikit perubahan ahli didalamnya.

Apa pun pelan yang bakal disuapkan kepada kita, saya harap peminat semua faham bahawa kelemahan FAM bukanlah satu-satunya punca kejatuhan mutu bolasepak Malaysia. Saya bagi satu contoh yang mudah. Tak berapa lama dahulu, sahabat saya ada mengesyorkan kepada setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola (bukan nama negeri sebenar) supaya menggunakan teknologi GPS yang boleh mengesan prestasi pemain diatas padang seperti berapa kilometer dia berlari, kadar kerja pemain itu diatas padang dan mengenal pasti kecenderungan pemain untuk cedera, contohnya. Teknologi sebegini bukan lah terlalu mahal dan tidak sukar untuk digunapakai. Pasukan profesional di negara barat sudah lama menggunakan teknologi ini. Setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola tadi tidak menyetujui penggunaan teknologi GPS itu dengan alasan yang berbunyi lebih kurang begini, 

"..malu pemain kalau kita boleh kesan statistik begini. Kita tak boleh malukan pemain." 

Tahukah anda bahawa peruntukan KBS yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negara untuk pasukan bolasepak senior kebangsaan setiap tahun sejak tahun 2000 ialah RM300,000 setahun (rujuk artikel akhbar Utusan yang sama)? Jika ditukar kedalam duit England, 60,000 pound sterling. Gaji mingguan untuk Luis Suarez pun lebih dari itu. 

Tahukah anda peruntukan untuk skuad Harimau Muda A dan B untuk 5 tahun (dari 2005 hingga 2009) pula ialah RM5juta? Bermakna, hanya RM500,000 setahun untuk satu skuad. Jika ditukar ke duit England, 100,000 pound sterling. Gaji mingguan Luis Suarez pun lebih dari itu.

FAM ialah "tip of the iceberg" dan peminat bolasepak perlu terima hakikat ini. Banyak lagi faktor seperti sistem pembelajaran, taraf hidup serta budaya masyarakat yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sukan negara secara keseluruhannya. Kita sudah tertinggal jauh dari arus perdana bolasepak antarabangsa dan tidak keterlaluan sekiranya saya nyatakan bahawa untuk kembali mengejar mereka dipersada antarabangsa adalah amat sukar. 

Oleh itu, jangan lah ultras marah pada saya jika saya tak turut bersama mereka menyanyi kan lagu "FAM bangsat" di stadium kerana bagi saya kelemahan FAM hanya 30% dari masalah yang perlu kita selesaikan. Pendekatan saya berbeza dari mereka. Salah kah?

Namun begitu ramai yang nampaknya gembira dengan YB menteri KBS dalam usahanya memartabatkan kembali bolasepak Malaysia menerusi "pelan B" ini. Sejujurnya saya tak berapa nak gembira sangat. Patutnya janganlah biarkan orang politik pula yang kuasai bolasepak Malaysia. Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga. 

Tak nampakkah kita bahawa perebutan ini kerana mahukan kuasa dan pengaruh. Nanti gajah sama gajah bergaduh, bolasepak kita mati kat tengah-tengah.

Monday 8 July 2013

Sedikit sejarah

Selepas Warrior memperkenalkan jersi away dan 3rd kit untuk musim terbaru, saya amat optimis bahawa inilah antara ciptaan terbaik dalam lipatan sejarah peradaban manusia. Dengan keyakinan yang tinggi ini, saya berani jamin inilah jersi paling cemerlang untuk digunakan ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

Saya juga amat yakin jika anak anda memakai mana-mana jersi yang disebut di atas, mereka akan mendapat duit raya lebih dari tuan rumah.

Persoalannya, apakah jersi yang terburuk pernah dicipta oleh manusia? Kelab bangang mana?

Untuk itu, saya pun menjalankan kajian. Di bawah ini adalah 10 jersi terburuk (bola sepak) yang saya nyatakan tadi.

Manchester United Home shirt 1984-1986
Manchester United away shirt 1990-1992

Manchester United Home shirt  1992-1993
Manchester United Away shirt 1992-1993 
Manchester United Away shirt 1993-1995

Manchester United Home jersey 1996-1997

Manchester United Away 1996/97

Manchester United  European shirt 1997-1999
Manchester United Home shirt 2006-2007
Manchester United Away shirt 2007-2008


Celakaaaa apahal buruk sangat semua ni?

Geram betul aku nak delete balik artikel bermanfaat ni.

Wednesday 19 June 2013

Cuti bola EPL ni apa projek?

Kami di rakankop tak ada projek langsung. Rilek makan kuaci.

Tapi dengarnya Luis Suarez ada banyak aktiviti sekarang ni tapi eloklah kita biarkan dia dengan aktivitinya.

Sementara di Melwood pun ada banyak aktiviti juga. Jersi "home" dan "away" dah rilis. Pehh.. boleh tengok kat bawah ni.

"Home" kit memang padu. Ada beberapa dari sahabat2 kami sudah pun menerima kit baru ini. Ada yang dah tak sabar, pakai dan instagram gambar pun. No issue.






"Away" kit ini agak mengelirukan. Melihatkan dari gambar yang tersebar di internet, memang ia nampak "futuristic". Komen dari peminat juga ada yang agak keterlaluan seperti mengatakan design kit ini kelihatan seperti design stokin krismas.


Kami berpendapat ianya agak radikal. Feedback dari redmenTV pula mengatakan anda perlu merasakan fabrik dan melihatnya depan-depan dahulu sebelum memberi apa apa komen. Mereka menyukainya.

Cukup tentang fabrik. Kami pundit bola, bersifat lasak yang cintakan Liverpool FC. Kami bukan Jean Paul Gaultier.

Aktiviti pemain masuk/keluar Liverpool pun agak rancak.

Simon Mignolet? Penjaga gol kebangsaan Belgium ni bagus. Mari, mari, mari datang Anfield.


Iago Aspas? Pemain Celta Vigo yang kami tak berapa tahu tentang kewujudannya ini sekali imbas skill dia lebih kurang Paulo DiCanio. Game dia mungkin sedap, mungkin tak sedap. Komen kami yang agak sama tentang Luis Alberto, pemain muda dari Sevilla.




Henrikh Mkhitaryan? Pemain ini mempunyai potensi yang cukup besar. Kami suka. Baru-baru ini Armenia hentak Denmark di Copenhagen, 4-0. Mkhitaryan ni lah duri dalam daging yang menghancurkan pertahanan Denmark.

Ehh dalam kita merembes bercerita tentang pemain yang nak datang, hairan juga aku mana perginya Oussama Assaidi? Dah masuk sekolah tahfiz ke?

Andy Carroll pula? hmm..... Demi masa depan beliau, eloklah Big Andy kekal di West Ham. Taktik Sam Allardyce memang sesuai untuknya.

Petang ini (waktu England), fixtures EPL musim depan akan diumumkan. Siapalah lawan Liverpool opening match? Mintak-mintak lah lawan Chelsea, our bitch.

Monday 11 March 2013

Liverbird 3 - 2 Ayam London

Menjelang pertemuan Liverpool dan Spurs, saya amat gusar dan berdebar kerana rekod pertemuan menentang Spurs sebelum ini lebih banyak memihak kepada kelab London itu. Jika berjumpa Man U saya langsung tidak risau kerana melawan kelab lemah adalah mudah.

Debaran saya ternyata berasas apabila Spurs mendahului 1-2 dan ini membuatkan saya semakin lapar. Berbekalkan semangat juang yang tinggi akhirnya Downing berjaya meledakkan gol penyamaan dan tidak lama kemudian kita berjaya mendapat penalti.

Dengan begitu santai dan bersahaja, Abang Long menyepak bola ke dalam gawang Spurs. Kebetulan, saya berada betul-betul di belakang gol Spurs dan dapat mendengar dengan jelas apa yang dijeritkan oleh Abang Long ketika meraikan golnya.



Monday 18 February 2013

Harapan Masa Hadapan

"Kalau ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya" - pepatah melayu.

Ramai sahabat-sahabat saya yang juga meminati Liverpool, kini didalam dilemma kerana anak-anak lelaki mereka yang berumur antara 7-12 tahun cenderung kearah menyokong pasukan lain. Ini adalah kerana prestasi Liverpool yang agak tidak konsisten.

Kita sebagai peminat yang sudah dewasa ini memang maklum bahawa semua ini disebabkan oleh perubahan tektik dan strategi Brendan Rodgers tapi pada kanak-kanak yang hanya faham erti kemenangan?

Saya tidak pernah yakin dengan konsep "Glory glory" kerana "glory" bukan selamanya. Tetapi saya yakin dengan konsep "You'll Never Walk Alone" kerana didalam kehidupan akan ada jatuh/bangun dan saya percaya anak saya akan juga berkongsi pendapat yang sama.

So, let's walk on son.




#YNWA ./

Thursday 3 January 2013

Move on.

Gambar ini dicilok dari laman sesawang rasmi Kelab Bolasepak Liverpool yang beribu pejabat di hemisfera barat dunia.

Akhirnya, terpancar kegembiraan yang berseri-seri di raut wajah Abang Long Anfield. Dari mukanya kita boleh tengok dia sudah 'move on' dari Xabi Alonso dan Fernando Torres.

Terima kasih Suarez untuk ini.




*mata masuk habuk*

Tuesday 1 January 2013