Monday 11 March 2013

Liverbird 3 - 2 Ayam London

Menjelang pertemuan Liverpool dan Spurs, saya amat gusar dan berdebar kerana rekod pertemuan menentang Spurs sebelum ini lebih banyak memihak kepada kelab London itu. Jika berjumpa Man U saya langsung tidak risau kerana melawan kelab lemah adalah mudah.

Debaran saya ternyata berasas apabila Spurs mendahului 1-2 dan ini membuatkan saya semakin lapar. Berbekalkan semangat juang yang tinggi akhirnya Downing berjaya meledakkan gol penyamaan dan tidak lama kemudian kita berjaya mendapat penalti.

Dengan begitu santai dan bersahaja, Abang Long menyepak bola ke dalam gawang Spurs. Kebetulan, saya berada betul-betul di belakang gol Spurs dan dapat mendengar dengan jelas apa yang dijeritkan oleh Abang Long ketika meraikan golnya.