Tuesday 29 May 2012

Tentang Zain & Wembley


Berdasarkan sebuah kisah benar.

***

Zain (bukan nama sebenar) tersandar tatkala mendengar berita bahawa tempahan tiket berharga RM600 ke perlawanan akhir Piala FA England 2012 diantara Liverpool dan Chelsea yang dibuatnya sebelum perlawanan separuh akhir menentang Everton lagi, gagal. Ajen yang tidak pernah mengecewakannya kali ini mengecewakan.

Memang Zain akan berada di London seminggu sebelum perlawanan akhir FA Cup itu atas alasan kerja tetapi sekiranya tiket yang ditempahnya itu ada, dia akan tambah lagi 2-3 hari lagi di sana.

Bukan mudah untuk berada di Wembley menyaksikan Liverpool bertarung diperlawanan akhir. Malah, peminat Liverpool yang tinggal di UK pun azab nak mendapatkan tiket, inikan pula peminat yang berada 6,500 batu jauhnya dari London. Maklumlah, kuota tiket dibahagikan kepada pemegang tiket bermusim dahulu, kemudian kepada kelab peminat yang berada di Liverpool dan begitulah seterusnya. Harganya pun memang sangat mahal.

Zain tahu jika dia mempertaruhkan untuk menempah tiket final ketika sebelum perlawanan separuh akhir lagi dengan harapan Liverpool akan ke final, dia akan mendapat tiket pada harga yang jauh lebih murah. Zain benar-benar kecewa.

"Ahh, malam ini kau nak lepak dengan Fowler dan Macca. Tak payah pikir pasal tiket final 6,500 batu jauhnya dari KL ni. Buang masa dan tenaga aje." Hati Zain cuba menenangkan jiwanya.

***

EPL Masters yang dianjurkan oleh Football Focus tamat kelmarin ditutup dengan majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Liverpool Masters, juara kali ini diwakili oleh pemain lagenda seperti Robbie Fowler, Steve McManaman, Patrick Berger dan Vladimir Smicer akan meraikan kejayaan penganjuran dengan hadir ke majlis makan malam anjuran pihak penganjur. Jam 8.30 malam Zain sudah tercegat dipintu masuk hotel.

"Dub dub dub." Hati Zain berdegup kencang. Bukannya Zain tak biasa makan di hotel mewah tetapi malam ini dia akan makan semeja dengan dua idolanya, Fowler dan Macca. Dia agak teruja.

Masuk ke majlis, Zain terus mencari mejanya dan kelihatan Fowler dan Macca sudah disana. Lidah Zain terus kelu.

***



Makanan malam itu memang sedap. Ditambah pula dengan kehadiran dua idolanya, Zain makan bukan main-main.

Fowler yang sudah agak 'tipsy' disebelah Zain ialah seorang yang suka bergurau. Sekali-sekala dia akan cuba mengusik Zain dengan mencuitnya dipinggang. Zain pasrah.

"So, someone told me that you cant get tickets for the FA Cup Finals." Fowler memandang muka Zain.

"Yeah, Thomas Cook just couldn't cook one for me this time." Zain balas.

"Tell you what, if you were to go to Wembley without tickets and you tell those scousers there you flew 6500 miles across the globe to watch Liverpool play in the finals, they'll definitely help you man. Hey, you'll never walk alone mate!" Fowler memberikan pendapat didalam keadaan pipinya yang mula kemerah-merahan kerana separa mabuk.

"You sure?" Zain tanya Fowler.

"I am 100% positive boss." Fowler jawab dengan lagu Fearless dari Pink Floyd berkumandang dibelakangnya.

Zain terdiam dan akalnya mula menerawang jauh. Malam itu membuka lembaran baru didalam sejarah hidupnya.  Dia tekad ke Wembley untuk meyaksikan Liverpool, bersama atau tanpa tiket final itu.


(.. bersambung)

3 comments: