Tuesday 25 September 2012

The Truth


"I thought we were poor. Over the last four years we have allowed the (Anfield) crowd to get at us a little bit.

"They gave fantastic support to their team and they dominated.

"We played better in the second half but it was against 10 men and Paul Scholes, Michael Carrick and Ryan Giggs' experience got us through."

- Si hidung ungu

**********

Sekali-sekala si hidung ungu terpaksa bercakap benar.




Ini bolasepak. Bukan netball. Dalam keadaan bola 50-50, pemain harus berusaha untuk menguasai bola itu. Shelvey dan Evans berhak untuk melaksanakan tugas mereka. Benar, terjahan Shelvey memang keras dan wajar untuk dilayangkan kad merah tetapi apa kurangnya lompat kijang yang menunjukkan kedua-dua tapak kasut bola Evans? Walaupun beraksi dengan hanya 10 orang selama 50 minit, Liverpool bermain cemerlang. Saya bangga dengan prestasi pemain muda seperti Raheem Sterling, Martin Kelly, Joe Allen dan Suso.

Saya juga setuju bahawa permainan yang bagus bertahun-tahun tetapi kalah atau akhirnya pulang tanpa piala ialah sesuatu yang secara matematiknya merugikan. Persoalannya ia merugikan siapa? Pemilik kelab? Pengurus kelab? Arsenal FC?

Cuma saya agak kesal dengan beberapa keputusan pengadil pada waktu-waktu kritikal yang kadang-kala agak menghairankan dan telah mengubah terus hala tuju perlawanan. Tetapi perkara sebegini memang kerap berlaku didalam perlawanan yang membabitkan pasukan hidung ungu. Mari kita imbas kembali kenangan di Stamford Bridge musim lepas dimana the smurf sudah mendahului dengan tiga gol tanpa balas sebelum Howard Webb tiba-tiba membuat beberapa keputusan pelik, memberikan dua penalti dan akhirnya perlawanan berkesudahan seri 3-3? Sungguh keji.

Mungkin ramai yang sudah lupa, buat-buat lupa atau mungkin butakan mata dan pendekkan akal dari berfikir demi mempertahankan satu penipuan, perlakuan yang lebih keji.

Saya tidak akan menyalahkan sesiapa jika tiada isu yang perlu dipertikaikan. Saya bukan Evra. Kalah, seri atau menang memang adat bersukan tetapi ianya haruslah didalam batas undang-undang yang adil dan saksama. Pengadilan yang kelihatan memihak kepada satu pasukan sahaja harus dikekang bukan sahaja didalam bolasepak malah ianya juga harus sentiasa wujud didalam kegiatan kehidupan sehari-hari. Bukankah sifat murni seperti ini yang ingin anda semaikan kedalam jiwa keluarga atau anak-anak anda?

Jika kemenangan yang melangkaui peraturanlah yang dimaksudkan dengan 'we do how we want' bagi penyokong pasukan hidung ungu maka silalah menang sebanyak mungkin kerana ibarat pinang dibelah dua, kemenangan sebegini amat sesuai bagi mereka. Kemenangan yang tiada kualiti langsung.

#YNWA-JFT96-Never Forget.

No comments:

Post a Comment