Thursday 6 September 2012

We Come Not To Sell


Tajuk diatas saya ambil dari artikel yang saya baca minggu lepas. Artikel ditulis oleh seorang peminat Liverpool yang sedang bercuti di Asia. Artikel itu boleh dibaca disini (klik sini).

Artikel itu bercerita tentang kelemahan Warrior Football didalam memasarkan jersi Liverpool di Asia. Berbanding dengan Adidas dan Nike, Liverpool gagal untuk mendapat tempat yang stratejik didalam kedai-kedai sukan. Satu contoh yang ketara, penulis mendapati kedai sukan di Jepun meletakkan jersi Adidas dan Nike di hadapan kedai manakala Warrior Football di bahagian belakang.



Di Malaysia, jersi Liverpool dan barangan Warrior Football boleh didapati di semua kedai New Balance Concept Store dan juga kedai sukan seperti Al-ikhsan. Tiada masalah untuk mendapatkannya dan tidak seperti di China dan Jepun, jersi Liverpool bergantungan dengan megahnya. Sila (klik sini) untuk lokasi kedai New Balance di Malaysia. Cuma yang tidak menariknya hanya keadaan dan rupa paras kedai New Balance yang agak kelam-kabut dan tidak berapa cantik.

Harapan saya adalah agar New Balance menaiktaraf kedai-kedai mereka didalam masa setahun-dua ini dan menambahkan lagi jumlah kelab/negara yang menggunakan jenama Warrior Football. Harimau Malaya barangkali?

No comments:

Post a Comment