Monday 3 September 2012

35 perlawanan lagi.

Apa khabar semua? Harap sihat-sihatlah hendaknya. Selamat hari raya yang ke... Errrr.... *google kalendar hijrah* ... 15.

Saya ingin meminta maaf jikalau kata-kata ini mengguris hati, tetapi yang pahit tetap pahit, yang manis tetap manis.

Mengupas kekalahan (kalah terkejut) yang telah dialami di kubu kuat Anfield, ianya adalah sesuatu yang sangat-sangat mengecewakan. Jarang-jarang perkara begini terjadi apabila melawan Arsenal. Tapi itulah, kalau dah main pun celaru dan tidak dapat menyudahkan peluang terhidang, inilah harga yang perlu dibayar oleh abang Gerrard dan rakan-rakan.

Kawan saya (Gooners) pernah berkata, "Ah lawan Liverpool dekat Anfield tak apa." dan saya hanya tersenyum sinis kepada dia. Kerana, saya yakin dengan persembahan yang ditunjukkan anak-anak buah BR (bukan Baskin Robbins) ketika bertembung Man City minggu lepas, paling tidak kita akan dapat membantai Arsenal sebanyak 6-0.

Tapi sayang seribu kali sayang... Ibarat kapal perang yang kehabisan ubat bedil di atas samudera, Liverpool bukan Liverpool yang sebenar di Anfield. Hilang arah dan tidak berkuasa di atas padang. Tidak cukup bernafsu untuk merobek benteng Arsenal apatah lagi gawangnya.

Memang ada beberapa peluang yang dicipta, namun seperti mana yang lepas-lepas, masalah untuk memasukkan bola ke dalam tempatnya yang hak tetap membelenggu Liverpool. Steven Gerrard tidak beraksi seperti jeneral perang dan Luis Suarez pula tidak banyak membantu. Begitu juga pemain-pemain lain.

Hanya persembahan Raheem Sterling dan Joe Allen mampu mengukir senyuman di bibir Kopites. Daniel Agger pula tetap meyakinkan dan berhak berada di kesebelasan utama. Arsenal pantas menghukum kesilapan hantaran oleh Liverpool dengan serangan balas dannnnnn apa kena Reina tak dapat selamatkan kedua-dua bola itu?

Tamat perlawanan, tewas 0-2 kepada Arsenal di tempat sendiri adalah sesuatu yang sukar untuk ditelan oleh semua Kops di seluruh alam semesta.

Apa pun, saya pasti Liverpool akan bangkit dari mimpi ngeri ini. (Harus diingat Arsenal hanya mengutip 1 mata dari 3 perlawanan pertama musim lepas.)

Sabar itu, separuh dari Liverpool.

YNWA.

2 comments:

  1. Yang agak menggembirakan ialah jemaah penonton rakanKOP semakin ramai.

    Harapnya momentum ini (menonton perlawanan) berterusan...

    You'll Never Watching Alone!

    ReplyDelete