Wednesday 13 June 2012

Dilema Alou Diarra

Ketika menyaksikan perlawanan England menentang Perancis tempoh hari, saya teruja melihat permainan seorang pemain bertubuh sasa dan tinggi lampai berjersi nombor 18. Beliau bermain diposisi "holding midfielder" untuk pasukan "Les Blues". 




Beliau ialah Alou Diarra.

Tahukah anda bahawa dia pernah bersama pasukan Liverpool tetapi tidak pernah berjaya mewakili kesebelasan utama "the reds"? Gerrard Houllier membawanya dari Bayern Munich ke Liverpool pada tahun 2002 ketika Diarra berusia 21 tahun tetapi telah dijual oleh Rafael Benitez kepada kelab Perancis, Lens pada musim 2004-2005.

Beliau kini telah 42 kali mewakili pasukan kebangsaan Perancis tetapi masih belum pernah menjaringkan gol untuk negaranya.

Saya masih hairan mengapa Rafa melepaskannya. Mungkin kerana sukar untuk beliau mendapatkan tempat kerana pada usia yang muda perlu bersaing dengan pemain yang jauh lebih berpengalaman seperti Didi Hamann dan Salif Diao.

Ini membawa saya kepada satu persoalan eksistensial yang penuh dilema; Mungkinkah Jordan Henderson dan Andy Carroll yang baru berusia diawal 20an akan menjadi pemain yang hebat dan harus kekal supaya pisang tidak berbuah dua kali di Liverpool seperti melepaskan Alou Diarra ketika dia muda dan kurang pengalaman tetapi kini terbukti amat mantap?

No comments:

Post a Comment