Sunday 17 June 2012

Tentang Zain & Wembley - Tiba di London


"How long will you be staying in the UK?"

Pegawai imigresen di Heathrow Airport memang sentiasa menjengkelkan. Mereka akan cuba untuk mencari kelemahan pengunjung atas tujuan apa, Zain kurang pasti.

"2 weeks. Here are my work documents and the hotel confirmation." Balas Zain sambil menunjukkan pengesahan bilik hotel dan aturcara kerjanya di kota London.

"But your work itinerary states that the seminar will end on the 2nd? Why the extension in stay?" Pegawai imigresen berbangsa Pakistan itu cuba menjadi penyiasat.

Zain terkenal dengan sifat panas barannya. Dia pernah mencampakkan fail kepada pengurus ditempat kerja hanya kerana dia tidak diberitahu tentang perubahan masa mesyuarat mingguan. Kali ini dia sabar. Jika dia naik darah mungkin dia tidak dibenarkan masuk ke England dan harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir di Wembley, hancur berderai. Pedulikan kerja, Liverpool lebih penting.

"Well, I plan to watch the FA cup finals but I still have not got tickets. If I do manage to get it, then I may fly back to Malaysia the week after."

"You a Liverpool fan?" Pegawai imigresen memenyetkan keningnya sambil merenung mata kiri Zain yang terkebil-kebil.

"Yes." Jawab Zain.

Pegawai imigresen terus merenung mata Zain. 10 saat berlalu dan masa seolah-olah telah berhenti.

"You'll never walk alone mate. I hope you get the tickets because I couldn't." Pegawai tadi tersenyum dan menyerahkan kembali semua dokumen kepada Zain.

"Thanks." Mata kiri Zain masih terkebil-kebil.

"You know what? Chelsea is shite." Pegawai imigresen tadi berbicara halus seolah berbisik kepada Zain.

"Next!"

Pegawai imigresen mengarahkan Zain untuk pergi.

Zain cergas menuju kearah stesyen keretapi bawah tanah di terminal 3, Heathrow. Perjalanan ke hotel di tengah kota London mungkin akan mengambil masa 45 minit. Zain harus mengambil Heathrow Express, turun di Paddington Station kemudian menaiki Bakerloo Line untuk turun ke Edgware Road.




"Mind the gap!"

Suara pembesar suara di stesyen terminal 3 memecahkan hening pagi itu.

Mata kiri Zain terus terkebil-kebil tetapi kini dia sudah hampir ke kota London.

(.... bersambung)


Edisi dahulu:

1. Tentang Zain & Wembley

No comments:

Post a Comment