Saturday 2 June 2012

Warrior dan Liverpool 2012/2013.

Kalau ada yang masih ingat ketika 26 Januari 2012, Abang Bellars telah menunjukkan satu persembahan mantap meyakinkan dan paling penting, golnya telah membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir Piala Carling.

Secara tidak langsung, Wembley pasti dilanda aura Anfield yang datang dari Merseyside.

Aku terus berniat tegar, akan mencacahkan 'Bellamy' di belakang jersi baru Liverpool untuk musim 2012/2013.

Setelah meredah badai ribut di atas langit, merentas samudera terbentang luas, melepasi pemeriksaan kastam, akhirnya yang ditunggu-tunggu berada di rangkulan.

Ianya jersi Liverpool dengan jenama Warrior, penaja baru yang menggantikan Adidas.

39, Bellamy, tepat sekali. Bagus betul pekerja Liverpool Online Store, tiada kesalahan langsung, semuanya dalam kondisi baik-baik sahaja.

Setelah dicuba pakai, ternyata memuaskan. Material (84% polyster, 16% recycled S.Cafe polyester) sangat selesa disarungkan dan dibawa ke mana-mana jua hatta majlis pernikahan ketua kampung anda sekalipun.

Cuaca yang panas? Jangan risau, sarungkan jersi Warrior dan peluh anda pasti tersejat pantas. Badan pula terasa dingin senantiasa.

Bagi aku, zaman kegemilangan yang mahu dikembalikan pada jersi Liverpool menjadi. JFT96 di belakang tengkuk dan logo Liverbird di dada kiri, ternyata corak ringkas ini berjaya menambat hati.

Buktinya, rekod baru untuk penjualan secara 'pre-order'. Nama yang paling banyak ditempah oleh warga Kops pula ialah Gerrard, disusuli Suarez dan Lucas.

Pendek kata, seluruh manusia harus berbangga dengan wujudnya jersi Liverpool buatan Warrior ini. Kepada mereka yang merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan untuk mengorat pakwe/makwe, bolehlah menyarungkan jersi ini pada badan anda. Pasti keyakinan tinggi datang mencurah tiba.




YNWA.

3 comments:

  1. Aku baring depan tv tak tuka baju lagi malam semalam, 12 jam berjersi ni. Tak berlengas langsung badan. Aku tertido sampai pagi, tv dok terbuka lagi. Selesa betol warrior kit.

    ReplyDelete
  2. cara! aku akan pakai secara rasmi (lama) pada jumaat ni. Bawak gi masjid jalan kaki mesti dingin je...

    ReplyDelete
  3. Ni je model kita mampu ke? Hehe

    ReplyDelete